Friday, January 7, 2011

kecewa..kah?




Dengan menyebut nama Allah,aku berlindung daripada syaitan yang direjam.
segala puji-pujian kembali kepada Allah jua, pemilik hati dan jiwa, pemilik hayat dan nyawa serta pemilik segala-gala tiap sesuatu.

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dariMu, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi"

malam ini mahu aku lagukan kecewa hatiku ini kepada encik belog yang sudi diketuk-ketuk oleh jariku ini..

kecewa.apekah kecewa itu?

kecewa adalah sejenis perasaan yang remuk rendam macam kereta remuk terlanggar pokok kelapasawit.

kecewa adalah sejenis perasaan yang sedih macam tengok cerita khabi kushi khabi gam.

kecewa adalah sejenis perasaan yang mendatangkan ketidakpuashatian macam tengah makan coklat tapi coklat da abis dan xcukup stok nak makan lagi.

kecewa ade lah sejenis perasaan yang menghiris sanubari macam mak hiris bawang pakai pisau yang telah diasah oleh ayah.


ah,ape aku merepek ni.kecewa sangat ke?
ha?
kecewa?
haha..ketawakan la diri sendiri..kecewa sbb aku sendiri tak pandai nak jaga ape milik aku.
kecewa sebab aku rasa aku banyak kecewakan orang lain.
kecewa sebab aku ni agak kurang pandai.
kurang pandai mengurus suasana.

haha..ketawakan diri sendiri buat kali kedua..
kecewa la dengan aku.


Firman Allah:
"Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal.Barangsiapa yang mengerjakan perbuatan jahat,maka dia akan dibalas dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa yang mengerjakan kebajikan , baik lelaki atau perempuan sedang dia kekal dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga ,mereka diberi rezeki di dalamnya tidak terhingga"
39-40: Surah Al-Mu'min



Rawatlah hati..
Allah dengar.
Allah sentiasa ada untuk hambanya.
semoga dapat merawat hati.


*eeh,tetibe ade gamba adik theodore.ok2.senyumlah.senyumlah sampai orang tanye knape kite senyum.senyumlah sampai kte rase kite ni lawa.(=_=')

Semoga hati baik. Semoga Allah baikkan hati. Semoga hati sentiasa baik dibawah pelindungan Allah.
Amin2.

Yang mengetuk penuh berhemah,
zai yang sudah sembuh sedikit kecewanya.
chill bebeh.

2 comments:

Obie said...

orang kata kan..

"Life is too short for regret"

orang kata laa... :D

Khuzayma said...

eheh,,
memang hidup ni singkat sangat utk dikecewakan.
hati sudah sembuh!XD