Tuesday, May 10, 2011

Entri cinta buatNya..


dengan nama-Nya,
pemilik jiwa raga.
Aku seru namaNya, semoga kekuatan itu kunjung tiba.
semoga semangat itu terus ada.
semoga teguhlah hati dan jiwa.

cinta adalah kekuatan
yang mampu mengubah duri jadi mawar
mengubah cuka jadi anggur
mengubah sedih jadi riang
mengubah amarah jadi ramah
mengubah musibah menjadi muhibbah
itulah cinta.

aku mula bercinta.
sejak aku kenal apa itu cinta.
Subhanallah..
cinta memang mengasyikkan..
asyik
hanya yang pernah bercinta tahu rasa asyik mencintai..
Aku ingin istiqomah mencintai.
Aku ingin terus dicintai..
kerana bila dicintai, semuanya jadi indah.
semuanya jadi sangat indah..
indah,.
Subhanallah..

kalau cinta,
akan jadi rindu untuk ketemu.
akan jadi tertunggu-tunggu untuk bertemu.
lagi dan lagi.
bukan jadi masalah kalau kena lalu jalan yang tanpa lampu.
bukan jadi masalah kalau menuju seorang diri.
bukan jadi masalah kalau tiada siapa menemani.
ketemu di sana itu menjadikan setiap detik sangat bermakna
tiada istilah jemu untuk pertemuan demi pertemuan dengan Yang Dicintai..
kalau cinta,
akan suka bila disuruh.
semuanya diutamakan.
yang lain diketepikan.
yang dicintai menjadi yang diimpikan..
Subhanallah..
asyik masyuk bercinta
menjadikan ketaatan itu nombor satu
dalam segalanya.
taat.
ikut.
tanpa mengira.
semua diserah segala-galanya..

Cinta ini.
debar hati hanya Dia yang tahu.
Aku ini bukan yang terbaik.
namun aku ingin menjadi yang terbaik.

buat kesekian kali.
moga tangis ini bukan sia-sia.
Ya Khaliq
Aku sangat merinduiMu.
Subhanallah..

malam ini,hati sedikit teruji.aku teruji dengan sikapmu.jika kau anggap aku ini sahabat,jangan kau buang aku kerana kekuranganku..kerana sudah diberitahu sejak awal.aku ini bukan yang sempurna untuk dijadikan sahabat.bukan yang sempurna untuk menjadi teman.aku ini perlu dibimbing.agar Cinta yang satu ini tetap utuh dihati.menjadi keutamaan.maaf jika kau terguris dengan perlakuanku selama ini.tak mengapa.buat kesekian kali.aku minta sejuta kemaafan.
lillahi taala.
aku bersahabat denganmu atas niat memperbaiki diriku yang serba hina.


It's ok.Allah ada.
dan ada debar menanti pertemuan seterusnya.
(^_^)

7 comments:

Mathematics Lover IPIS said...

eyit......lawatan rasmi

KhujeymaH said...

eyit..
lawatan diterima.jemput minum..:)

husniyah bazlaa said...

ahai..syahdu nya lagu kamu...


=dalam pencarian=

KhujeymaH said...

bazla.
jatuh cinta dengan lagu ini.:)



+dalam pencarian jua+

husniyah bazlaa said...

jatuh cinta? semoga cinta jatuh di tempat yang selamat...


jatuh cinta itu indah!



=cari ku cari=

KhujeymaH said...

hb: saya suka lagu ni.tp,minggu dpn mungkin tema berubah.kih3

husniyah bazlaa said...

tukar tema perjuangan la yang~ semnagat2!