Tuesday, September 13, 2011

Jalan ini.

Dengan nama Tuhanku yang Menguasai hati dan mengetahui apa yang berselindung didalamnya.

Mendidik diri menjadi sabar dalam segala hal bukan semudah menekan nombor pin ATM di bank. Mendidik diri menjadi taat juga bukan semudah bagai memasukkan ubat pensel kedalam pensel pilot tekan-tekan.
Mendidik diri lapang dada dengan ujian pun bukan semudah membentangkan hamparan surat khabar buat alas makan tengahari di bilik.

Semuanya memang tak mudah.Tugas mendidik bukan sama seperti mengajar.sebab itulah dinamakan Tarbiyah.Pendidikan bukan pengajaran..

hari ini penulisan serius.

Merasa keseorangan dalam mentarbiyah diri.aku pernah rasa itu.
Kan lumrah.Kuat bila bersama yang lain, lemah bila bersendiri. Lemah yang bukan main-main. terkadang lemah yang menghampiri rasa nak berputus asa.dan aku kira menjadi selemah itu bermakna sebenarnya aku berada pada level danger tahap serius.

Bukan tak boleh nak kuat sorang-sorang. tapi itulah. bila ada mereka yang mendorong, semangat jg terdorong 170% melebihi jangkauan.dan aku juga sedang merasai ini. :)

Menghargai setiap detik yang Allah bagi pinjam ini.
Menghargai setiap insan yang sudi menjadi peneman dalan jalan terbiyah ini.
Menghargai setiap satu yang menjadikan aku lebih kuat hari demi hari.

Aku cemburu dengan semangat kalian.
Sentiasa bersemangat.Walau sibuk.Walau sakit.
Moga Allah beri sedikit semangat kalian padaku.

Ukhuwah yang dibina atas tali iman mempunyai rasa berbeza dengan ukhuwah yang dibina atas harapan kosong tanpa apa-apa coretan padanya..sungguh.aku sedang merasai manis ukhuwah kita.Moga Allah menjaga hati-hati ini dari disakiti, dan diberi penjagaan yang terbaik dibawah naungan-Nya.Amin.

" Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat ) "- Surah Al-Hasyr :18

Bersabar dengan ujian. Taat dengan apa yang disuruh. Lapang dada dengan tentangan.
Aku bukan budak baik.Tapi aku sedang berusaha memperbaiki mana yang boleh.Menjadi kuat dengan semuanya. Meredhai setiap tulisanku yang dipadam Allah, sesuai dengan takdir yang lebih baik dariNya.


*coretan ini kutuju khas buat mereka.Jazakallahu khairan kathira sahabatsahabatku yang dicintai*

saya segan nak beritahu.tapi saya nak beritahu jugak.saya sayang kamu semua ketattketatt.hihi.

MySpace

2 comments:

ju said...

sy syg zai ketat2 gak.
smoga tbh!

KhujeymaH said...

ju,
zai syg ju sgt2!