Wednesday, October 26, 2011

Bergantung Harap.


"Manusia yang paling celaka ialah adalah orang yang bergantung kepada selain Allah."-Ibnu Qayyim Al-Jawziyah

Abu Ja'far Al-Balkhi kata :
"Telah sampai padaku bahawa Abu Hanifah dahulu jika dia mendapat kesusahan dan ragu-ragu dalam satu masalah, maka dia akan berkata kepada sahabat-sahabatnya : - Tidaklah ini terjadi melainkan kerana dosa yang telah aku buat'. Lalu beliau beristigfar, dan kadang-kadang beliau berwuduk dan melakukan solat dua rakaat lalu beristigfar, maka setelah itu selesai masalahnya. Beliau berkata : ' Aku selalu menggantungkan harapanku kepada Allah, dan meyakini bahawasanya Dia mengampuni Dosa-Dosaku, sehingga aku dapat menyelesaikan masalah yang kuhadapi.
-'Uqud al-Juman fi Manaqib al-Imam Al-A'zha, Abu Hanifah An-Nu'man.

Ibnu Taimiyah jika beliau berasa kesusahan dalam menafsir suatu ayat dalam al-Quran, beliau memohon dibukakan pintu kefahaman kepada Allah dan berdoa. : 'Wahai Zat yang mengajari Adam dan Ibrahim, ajarilah aku, wahai Zat yang memberi kefahaman kepada Sulaiman, jadikanlah aku faham.
-I'lam al-Muwaqqin.



Bergantung harap dengan Allah.bukan dengan ini.
memang macam smartis.=.=


Seorang penyair arab kata.

"Bersabarlah. Kerana kelapangan itu datang secepatnya. Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah dalam segala urusannya maka dia akan bahagia, barangsiapa yang selalu bergantung kepada Allah maka dia tidak akan ditimpa bencana, Dan barang siapa yang berharap kepada Allah, maka dia akan mendapat harapannya."
InsyaAllah.

kena kuat. Dan kuat. Dan kuat.Senyum. dan senyum dan seeenyum.nak jadi anak solehah jangan sedihkan hati mak ayah.miau2.
dia menghilangkan diri.Mungkin ada masalah.takpa.panjang umur, insyaAllah kita mash bersahabat.n_n.
jgn risau.jangan risau.sangka baik dan terus cuba sangka baik.Mebi aku bukan sahabat yg baik.i'll try harder.insyaAllah.


MySpace

Assalamualaikum.

1 comment:

ju said...

u r strong enough zai..