Wednesday, November 16, 2011

Ikhlas

Orang selalu kata.
Aku ikhlas.
Aku ikhlas ni.
Ikhlas?Jangan ckp ikhlas kalau betul-betul ikhlas,ini pesan ustaz aku.^_^

Nota Hari ini.

Kepentingan ikhlas dalam amalan seorang hamba.

Ikhlas ialah sesuatu yang termulia bagi setiap amalan ibadat. Amal yang didasarkan kepada niat baik diterima Allah dan diberi ganjarannya.

Imam Nawawi membahagikan keikhlasan dalam amalan kepada tiga bahagian :

1) Ibadat Hamba - Amal yang dikerjakan kerana takut kepada Allah.
2) Ibadat Saudagar - Amal yang dikerjakan kerana mendapatkan syurga dan pahala.
3) Ibadat Merdeka - Amal yang dikerjakan kerana malu kepada Allah dan kerana dilaksanakan hak kehambaan dan membuktikan kesyukuran serta merasakan diri sebagai seorang yang masih dalam kecuaian dan kebimbangan yang penuh ketakutan kerana tidak tahu adakah amalannya diterima atau tidak.

Kenapa kita tak merasa kemanisan dalam hati ketika beramal?
Puncanya antara lain ialah tidak mengasihi Allah dan Rasul disamping itu tak mengasihi sesama muslim dan tak merasa benci kepada kekufuran..

-Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf-


     Semester dua berakhir sudah.muhasabah selidiki diri.Adoi.masih banyak kene baiki.Perlu cari mekanik hati.Perlukan hamasah untuk hidupkan hati musim cuti nanti. Sekian update untuk paper yang terakhir. Allah permudah insyaAllah.:)

eh.tetibe ade gamba ustak plop.hihi.cewiit kan?:P


2 comments:

husniyah bazlaa said...

hamasah!

wah...akhwatku dah mula menulis dengan istilah tarbiyah. teruskan...

KhujeymaH said...

berjinak-jinak merpati.

hihi.^_^