Sunday, March 10, 2013

Saya Hoshem.Menanges.

Dengan menyebut nama Allah.

Allah, Terimakasih memilih kami. Untuk satu pertanggungjawaban yang berat.Abis berat.Lebih berat berbanding sekawan gajah yang menaiki lori yang bertan-tan beratnya itu.Namun ingatkah ayat ini ;

لا يكلف الله نفس إلا وسعها
Allah takkan membebani seseorang kecuali sesuai dengan kesanggupannya (2:284)

Kau,selagi kau berstatus Islam.
Tanggungjawabmu besar.
Bukan sekadar mengucap dua kalimah suci syahadah.
Solat.
Puasa.
Zakat.
Mengerjakan Haji.

bahkan lebih dari itu.
Bahkan lebih.
Percayalah.

"Mereka, akan meminta tanggungjawab.Atas apa yang kita buat di dunia. Jangan sampai, kerana kita yang dhaif ini, mereka tak tahu pasal Islam. Bahkan dahsyat, mereka jadi benci dan anti-Islam, disebabkan kita yang menjadi duta ini membawa identiti AGAMA ini tidak serius memainkan peranan kita.Akhlak.Tutur kata.Semuanya.Semuanya.Bukan main-main.Bukan gurau-gurau.

Bayangkan saja.Sedang lari-lari oyeh-oyeh hai,marilah anda pimpin tangan saya dan saya pimpin tangan anda, kemari-mari, berlumba sapa sampai dulu kepintu syurga, tetiba ada suara menjerit dari belakang.

Hei!Engkau dulu jiran aku.Tak pernah pun kau ajak aku buat apa yang Allah suruh!
Hei!Engkau dulu kawan sekelas aku.Apesal kau tak pernah beritahu aku pun manisnya hidup bersyariat!
Hei!Sonang lenang kau nak masuk syurga ehh. Dulu, kat dunia, kau tak pernah pun tegah aku buat maksiat!

PANG!
Rasa tak?
Sakitnya.Makan dalam bukan.

Aku belajar sesuatu hari ini. Bahawa dakwah ini memang tak menjanjikan bunga-bunga berguguran disepanjang jalan, dan ditaburi kelopak sementelah kita berjalan atas karpet merah.

Bahawa sesungguhnya, menyertai gerabak ini memerlukan banyak pengorbanan atas segala-galanya.Merasai manisnya duri-duri perjuangan. Manisnya saat ditentang. Manisnya bila dapat berlapang dada.

Sungguh.Kita dicipta bukan main-main.
2:30 dan 51:56

Berhentilah bergaduh.Berhentilah mengadu domba. Berhentilah memusuhi.Kita atas satu jalan.Meraih redhaNya.Mari.Tegakkan hak Allah yang perlu dipenuhi oleh makhluknya.

Moga Allah redha.T_T
Menanges.


3 comments:

Nadia Misman said...

sesungguhnya, kita bukanlah permulaan dalam berdkwah..tetpi..kita adlh penyambung rntai2 prjuangan Rasulullah..

#semoga terus tbah mnjdi doktor ummah ya ukhti habibati ! :)

Nadia Misman said...

sesungguhnya, kita bukanlah permulaan dalam berdkwah..tetpi..kita adlh penyambung rntai2 prjuangan Rasulullah..

#semoga terus tbah mnjdi doktor ummah ya ukhti habibati ! :)

Khuzaimah said...

Allahu Allah.

jazakillah ukhtiku.Moga sama2 thabat atas jalan Nya ini ^^